"Kemat. Nah hadiah" kata awek suka kucing sambil hulurkan sekotak coklat yang dibungkus dengan plastik lutsinar.
"Wah, coklat yer. Terima kasih" balas aku tatkala menyambut bungkusan kotak tersebut. Yang ada gambar coklat di luar kotaknya. Aku biasa tengok kotak coklat tu.
"Bukalah dulu baru tahu. Itu cuma kotak sahaja. Lagipun kata orang, Life is like a box of chocolate,you never know what you are going to get.".
Entah kenapa, awek suka kucing gemar berfalsafah akhir-akhir ini. Namun, kata-katanya membuatkan aku teruja untuk segera membukanya. Bermacam benda yang bermain di fikiran. Mungkin Galaxy Tab, mungkin baju bayi, mungkin hiasan kaca atau mungkin juga cerut Cuba. Dan sebaik mengalihkan penutup kotak tersebut, aku lihat
.
.
.
.
.
.
.
.
"Eh, coklat"
"Memanglah. Kat kotak dah tulis kan" balas awek suka kucing sebelum berlalu pergi.
"Cheh"

No comments:
Post a Comment